Ahad, 5 Februari 2012

JEMPUTAN KE PROGRAM PERSATUAN





Jemputan Pertama


Program Sambutan Tahun Baru Cina Di PPR Desa Tun Razak
Pada 18 Februari Sabtu Jam 8.30 Malam

Pihak Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Menjemput Semua Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Hadir Ke Program Tersebut Seperti Di Atas,  Demi Merapatkan Lagi Hubungan Siratulrahim
Di Antara Semua Persatuan-Persatuan Penduduk. Kehadiran Tuan/Puan Amat Di Hargai


                      - 










BERITA MEDIA PERSATUAN ( PKP - DTR )



SUMBER : Harian Metro - Kurnia Miliki Aset.
                    Sabtu - 4 Februari 2012 - Muka Surat 36





Sabtu, 4 Februari 2012

Program Persatuan Yang Sedang Dijalankan


 

Program Persatuan Yang Sedang Dijalankan


Program Pertama

Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Telah Menghantar Seramai 29 Orang Peserta Remaja Untuk Mengikuti Program Kem Perkasa Remaja Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Dibawah Kelolaan Universiti Kebangsaan Malaysia Bagi Menempatkan Peserta Mengikuti Kursus Kemahiran Perindustrian Di Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) Bagi Ambilan Sesi Januari 2012 selama 1/2 Tahun.

Program ini Memberi Peluang Kepada Remaja Yang Telah Tamat Persekolahan Tetapi Masih Tidak Ada Sebarang Perkerjaan , Untuk Di Berikan Latihan Perindustrian Mengikut Minat Dan Kecenderongan Masing-Masing Bagi Memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).   Dengan Kemahiran Serta Mempunyai Sijil SKM Mereka Boleh Mencari Peluang Pekerjaan Atau Membuka Perniagaan Mereka Sendiri.

Program Ini Telah Bermula Pada Januari Hingga Jun 2012 Bagi Sijil SKM Tahap 1 Dan Jika Pelajar Berminat Untuk Meneruskan Pengajian Boleh Meneruskan Lanjutan Selama 1/2 Tahun Lagi Bagi Sijil SKM Tahap 2 Dan Seterusnya Sijil SKM Tahap 3. 

Program KeDua

Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Telah Berjaya Menghantar 2 Orang Peserta  Bagi menyertai Program Skim Perantisan Industri Perhotelan ( HIAS ) Di Universiti Taylor's Subang Jaya Secara Percuma Selama 3 1/2 Bulan  Dan 3 Bulan Latihan Amali Di Royal Bintang Hotel Damansara Kepada Anak-Anak Penghuni PPR Desa Tun Razak Yang Tidak Mempunyai Sebarang Pekerjaan Setelah Tamat Persekolah.

Program Ini Merupakan Suatu Program Yang Di Perkenalkan Oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB ). Ianya Menawarkan Peluang Pengajian Percuma Dan Latihan Untuk Gulungan Yang Berminat Menceburi Kerjaya Yang Mencabar Dalam industri Perhotelan Yang Di Kendalikan Di Universiti Taylor's .

Program Ini Telah Di Mulakan Pada 09 Januari 2012 Dan Akan Tamat Pada 30 Jun 2012.




Program-Program Yang Akan DiJalankan



Program-Program Yang Akan DiJalankan




Program Pertama

Majlis Sambutan Mauludulrasul Akan Di Adakan Pada 5 Februari 2012 Bermula Dari Jam 9 Pagi Hingga 5 Petang. Program Ini Di Anjurkan Oleh Surau / Jumaat Darul Naim Desa Tun Razak Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur , Persatuan Kebajikan Penduduk ,RELA, Rukun Tetangga serta Penduduk-Penduduk Perumahan PPR Desa Tun Razak.

Program Kedua 

Seramai 20 Orang Pelajar Dari Universiti Putra Malaysia Akan Menjalankan Program Kajiselidik Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Pada 8 Dan 9 Februari 2012 Dari Jam 10 Pagi Hingga 7 Petang.

Program Ketiga

Program Sambuatan Tahun Baru Cina Akan Diadakan Pada 18 Februari 2012 Sabtu 8.30 Malam Di Dataran PPR Desa Tun Razak . Program Ini  Di Anjurkan Oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dan Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak.





Rabu, 1 Februari 2012

Program - Program Yang Telah Di Jalankan.




Program - Program  Yang Telah Di Jalankan.




Majlis Sidang Media Bersama Y.B Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Semasa Sesi Penerangan Skim Pembiayaan Khas Penjualan 
Rumah PPR MTEN Dan Perumahan Awam DBKL

Majlis Sidang Media Bersama Y.B Senator Dato'Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar ( Sebelah Kanan ) Dan Turut Hadir Y.Bhg En Anuar Bin Sudin Yang Dipertua Majlis Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk (DBKL) WPKL Bagi Mendengar Taklimat Mengenai Skim Pembiayaan Khas Bagi Penjualan Rumah PPR-MTEN  Dan Perumahan Awam DBKL Yang Disampaikan Oleh Y.Bhg Dato' Mohd Idris CEO Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pada 03 Februari 2012 Bertempat Di Bilik Lembaga Menara DBKL 1 Kuala Lumpur




Program Bersantai Sembang-Sembang Malam Bersama BIRO TATANEGARA 
Jabatan Perdana Menteri
        

Program Bersantai Sembang-Sembang Malam Anjuran Biro TataNegara Jabatan Perdana Menteri Dengan Kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Pada 01 Februari 2012
Di Dataran PPR Desa Tun Razak Kuala Lumpur Dan Turut Dihadiri Oleh
En Hamim Bin Husain Penolong Pengarah 1 ( Disebelah Kanan )


 
Sebahagian Daripada Penghuni-Penghuni PPR Desa Tun Razak Sedang Bersembang - Sembang Secara Bersantai Dan Mendengar Penjelasan Daripada En Hamim Husain Semasa Sesi Soal Jawab Dijalankan








 
Program Pencegahan Jenayah ( SEKATA ) 
Edisi Remaja


Pengerusi Serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Turut Hadir Semasa Menghantar Peserta Ke Program Pencegahan Jenayah ( SEKATA ) Edisi Remaja Anjuran LPPKN Dengan Kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semananjung Dan Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Pada 03 Hingga 05 Februari 2012 Bertempat Di Kem Herba Hulu Langat Selangor



Sebahagian Daripada Peserta - Peserta Yang Terlibat dalam Program Pencegahan Jenayah ( SEKATA ) Dari Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak Yang Sedang Bersedia Untuk  Berangkat
Ke Kem Herba Hulu Langat Selangor

 
Penubuhan Klinik 1 Malaysia Desa Tun Razak


Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Telah Dapat Mengujudkan Sebuah Klinik 1 Malaysia Di Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak Yang Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ,Yang Dibina Pada Bulan Oktorber 2011 Dan Mula Beroperasi pada 10 Januari 2012.
Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Tun Razak En Anuar Sudin ( Duduk Dua Dari Kanan ) Bergambar Kenangan Bersama Dr Zainol ( Duduk Kanan Sekali ) Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Semasa Meninjau Persiapan Terakhir Klinik 1 Malaysia


Kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Yang Ditugaskan DiKlinik 1 Malaysia



Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan JMB 
PPR Desa Tun Razak


Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Memberi Ucapan Sebelum Taklimat Penubuhan JMB Serta Perlantikan Jawatankuasa JMB Dijalankan Bagi Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak Yang Telah Diadakan Pada 10 Januari 2012 Bertempat DiDataran PPR Desa Tun Razak Yang Dipengerusikan Oleh Akauntan Jabatan Pengurusan Perumahan Dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( Dua Dari Kanan )



 Penduduk Yang Telah Membeli Rumah Sedang Beratur Untuk Membuat Pendaftaran Kehadiran Bagi Penubuhan Dan Taklimat JMB


 Barisan Jawatankuasa Penubuhan JMB Yang Telah Dibentuk Dalam Pemilihan Mesyuarat Agung Pertama JMB Oleh Penduduk PPR Desa Tun Razak



Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012



  En Zamri Ahmad Daripada Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak  ( Berbaju Kuning ) Selaku Komanden Kontijen Parlimen Bandar Tun Razak ( II ) Menerima Hadiah Pertandingan Perarakan Selaku Naib Johan Bagi Kategori Perumahan Awam Dan PPR Dalam Pertandingan Perbarisan Perarakan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2012 Yang Disempunakan Oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
Pada 28 Januari 2012 Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur


Sebahagian Daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Yang Terlibat Perarakan Hari Wilayah Persekutuan 2012 Dalam Kontijen Parlimen Bandar Tun Razak ( II ) Bersama Dengan Jawatankuasa Persatuan-Persatuan Penduduk Daripada Kawasan Perumahan  DBKL  PPR Desa Petaling , PPR Raya Permai , PPR Taman Mulia , Perumahan Awam Seri Kota , Perumahan Awam Ser Labuan  Dan PPR Kg  Seri Malaysia
 





 Seramai 80 Orang Peserta Daripada Jawatankuasa Persatuan-Persatuan Penduduk Daripada Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak , PPR Desa Petaling , PPR Raya Permai , PPR Kg Seri Malaysia , Perumahan Awam Seri Kota Dan Perumahan Awam Seri Labuan Yang Telah Digabungkan Dalam Satu kontijen
Parlimen Bandar Tun Razak ( II )




Peserta Kontijen Parlimen Bandar Tun Razak ( II ) Bagi Kategori Perumahan Awam Dan PPR DBKL Bergambar Dengan Tuan Hj Sukiman Surahman 
( Tengah Berbaju Gelap ) Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dan Pembangun Komuniti 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur








 













Pasukan Pancaragam Penguatkusa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur






Program Peyelidikan Pemakanan Dan Kesihatan
Komuniti Rumah Pangsa Oleh 
Pelajar-Pelajar UPM Di PPR Desa Tun Razak


Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak En Anuar Sudin ( Empat Dari Kiri )Sedang Memberi Taklimat Mengenai Penghuni Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak Kepada 20 Orang Pelajar Dari Universiti Putra Malaysia Yang Akan Membuat Kajiselidik Permakanan Dan Kesihatan Komuniti Rumah Pangsa Mulai 8 Dan 9 Februari 2012

 
Pelajar-Pelajar UPM Daripada Fakulti Perubatan Dan Sain Kesihatan Sedang Melawat Kawasan Sebagai Persiapan Untuk Menjalankan Program Kajiselidik Pemakanan Dan Kesihatan Komunit Di Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
















Para Pelajar UPM Bergambar Dengan Pengerusi Persatuan ( Berbaju Biru ) Selepas Lawatan Persekitaran Kawasan Perumahan PPR Desa Tun Razak Kuala Lumpur Bersama Pensyarah Mereka
( Kanan Barisan Hadapan )





Program Sambutan Pesta Ponggal 
PPR Desa Tun Razak Pada 22 Januari 2012


Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak Telah Mengadakan Sambutan Pesta Ponggal Pada Setiap Tahun Bersama Dengan Pelbagai Pihak Samada Dengan Pihak Agensi Kerajaan , Pihak Swasta Ataupun Pihak Parti Politik .Program ini Diadakan Bagi Merapatkan Hubungan Tali Persahabatan Dan Kejiranan Demi Mengekal Semangat Perpaduan , Disamping Mendedahkan Budaya Pelbagai Kaum Kepada Penduduk Setempat Yang Boleh Diraikan Secara Bersama .